new-fabulous-cats

Penulis seperti menjangka bahawa artis perempuan yang dimaksudkan Soseh-Soseh Harian Metro hari ini ialah Zizi AF7 yang baru menyertai kumpulan The Fobulous Cats berdasarkan fakta-fakta yang diberikan. Sila perhatikan tulisan yang digelapkan dibawah.

BERMACAM-MACAM ragam SS lihat apabila artis baru muncul depan media mahupun khalayak. Sebagai orang lama dalam bidang hiburan, SS dapat baca gerak-geri artis baru. Mungkin faktor mereka kurang pengalaman dalam aspek penampilan diri, kebanyakan artis baru jadi kalut terutama bila berdepan media.

SS sendiri banyak kali beri nasihat kepada artis baru, mereka juga perlu pandai buat kerja PR atau perhubungan awam dengan media. Maksud SS, tujuan buat PR bukan pancing wartawan keluar cerita mereka di akhbar, sebaliknya ia mengerat silaturahim.

Baru-baru ini SS bertemu penyanyi wanita baru yang masih muda. Berbeza dengan nasibnya ketika menyertai satu program realiti popular, dia kemudian dilamar menyertai satu kumpulan yang sudah popular. Dalam satu fotografi, SS sengaja perhatikan gelagatnya.

Penyanyi ini yang mengenakan kaca mata hitam buat tidak tahu saja wartawan yang berada di situ yang menemubual anggota lain dalam kumpulan itu. Jangan kata nak tegur, salam pun tidak. Sepatutnya, sebagai artis baru lebih manis memperkenalkan diri dulu.

Ketika fotografi, SS lihat penyanyi ini seperti cacing kepanasan. Rupa-rupanya, penyanyi ini terlalu risau dengan pakaian yang digayakan sama ada seksi hingga mendedahkan dada mahupun betisnya. Pada pandangan SS, pakaian penyanyi ini ketika itu masih dianggap sopan.

Bila wartawan tanya penyanyi itu mengenai pakaian, dia jawab tidak biasa dengan pakaian sebegitu. Kata penyanyi itu lagi, sebelum bergelar artis dia hanya memakai pakaian menutup aurat. Pada pandangan SS, jawapan penyanyi ini bukan soal tidak selesa, tetapi dia sebenarnya kena ‘kejutan budaya’.

SS tidak pula menggalakkan artis kita berpakaian seksi, tetapi sebagai artis, mereka harus lebih faham dan menitik berat aspek penampilan diri. Artis bukan hanya menjadi idola peminat pada bakat yang dimiliki mereka, tetapi peminat juga gemar melihat cara artis bergaya.

Kepada penyanyi berkenaan, SS harap peristiwa ini dapat dijadikan panduan dalam mengurus diri dengan lebih baik. Paling penting, SS ingin nasihatkan juga artis baru lain, jangan terlalu berlagak seperti diva.

Kalau melangkah ke dunia artis, jangan malu-malu sebaliknya berani dan amalkan sikap ramah dan ringan mulut. Jangan ingat semua orang kenal.