Tahniah kami ucapkan buat penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya yang telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Miko atau Muhammad Azam Abdullah yang berlangsung di Masjid Al-Mukarramah di Sri Damansara, pagi tadi.

Pihak pengantin perempuan menerima tiga dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki. Pasangan ini telah berkenalan sejak tahun 2011 di persembahan teater Terima Kasih Cinta.

Sebagai nota, Aleya telah bercerai dengan suami pertamanya pada 29 Februari 2012 dan mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan, Aza Ameena dan Asha Ameena.

Gambar penuh selepas ini.