Sedih apabila mendengar berita bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan polis di kediamannya di Keramat dipercayai kerana positif dadah jenis Morphine. Hasil serbuan mendapati satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram di temui di bilik artis tersebut.

Zamani, 43, ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang juga positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira jam 12.30 tengah malam, semalam. Artis tersebut akan di dakwa di bawah akta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.