Selepas kes kemalangan maut yang melibat 6 buah Perodua Myvi yang dikatakan berlumba haram sehingga menyebabkan kematian tiga (3) nyawa yang tidak berdosa.
BACA: Lumba haram punca suami isteri dan anak maut #FMC (15 Gambar)
Kini timbul pula isu terdapat segelintir pemandu Perodua Myvi yang tidak kaitan dengan kemalangan tersebut mengalami tekanan perasaan kerana terdapat golongan masyarakat yang membencikan mereka kerana beranggapan semua pemandu Myvi mempunyai perangai yang sama dengan pelumba haram insiden tersebut.
Sebagai contoh, pemilik Myvi ini telah menukar emblem keretanya yang tertulis “Ini Kancil” dan ada pula yang menulis “Honda EX5” bagi mengelak tanggapan buruk masyarakat.
Namun perkara yang lebih trajis ialah luahan hati seorang ibu yang hamil 8 bulan apabila keretanya dikemekkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.