nor10Berikutan gossip yang tertulis di CAK: Nora Danis, Noh Hujan bercinta? Maka keluarlah kenyataan di akhbar mengatakan Nora Danish sendiri menafikan gossip tersebut. Namun begitu, kenyataan itu bukanlah keluar dari mulut Nora sendiri, tetapi mulut Cik Normah ruangan Hip akhbar Berita Harian.

TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendengar gosip baru-baru ini yang mendakwa kononnya ada sumber terserempak vokalis Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal, Nora Danish di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara. Biar betul, takkan mereka bercinta? Setahu Cik Normah, Noh sedang bahagia dengan kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.

Lagi pun ibu kepada Putera Rayqal itu kalau tak silap Cik Normah sedang sibuk di lokasi penggambaran. Teman sepejabat Cik Normah ada mendengar kenyataan pelakon sitkom Puteri itu menafikan gosip yang melanda ini di stesen Sinar FM. Cik Normah yakin semuanya hanyalah rekaan semata-mata. Atau mungkin wanita itu hanya pelanduk dua serupa?

Cik Normah yakin dan dapat rasakan Nora belum bertemu pengganti kerana hatinya masih tawar dengan apa yang terjadi di dalam rumah tangganya. Tak mustahil Nora akan menjalinkan cinta dengan kekasih orang. Dengan apa yang berlaku pada peribadinya, tak mungkin Nora sanggup merosakkan kebahagiaan orang lain.

Kepada Nora, Cik Normah harap dia akan terus tabah dan kuat semangat meneruskan kehidupan mendatang. Jangan pedulikan perkara yang boleh menjejaskan diri. Kalau nak tip untuk tegar menghadapi dugaan, datang jumpa Cik Normah. Cik Normah sudi berkongsi dengan Nora.

Lagi pun, Cik Normah yakin jika dia mampu menghadapi pancaroba yang melanda perkahwinannya selama ini, mustahil Nora akan mudah melatah dengan gosip sembarangan ini. Cuma Cik Normah faham perasaan perempuan macam kami ini mudah sensitif dan ada kalanya boleh sakit hati mendengar kisah yang tidak benar dan memualkan ini.