Mungkin ramai yang tertanya-tanya, ya termasuklah kami juga mengenai kes skandal Adi Putra dengan isteri orang yang dikatakan tiada tindakan polis diambil. Keterangan melalui blog ondscene.my mengenai maksud “No Further Action” adalah dirujuk selepas dikatakan Amiruddin, pengadu laporan polis tersebut membuat press conference siang tadi. Keterangan penuh selepas ini.

Malaysia

Dalam sesuatu kes, tindakan No Further Action NFA bukan boleh dibuat suka-suka, tetapi mesti ada sebab musababnya setelah berpuashati dengan hasil siasatan

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah sebabnya jika tiada tindakan.

Pelakon Adi Putra telahpun membuat kenyataannya mengenai kes yang dikaitkan dengan isteri seseorang – iaitu polis tidak mengenakan apa-apa tindakan ‘No Further Action’ NFA akan kesnya.

Pelakon kelahiran Singapura itu menegaskan, isu skandalnya dianggap selesai dan berharap dirinya tidak lagi dikaitkan dengan kontroversi lagi.

Siang tadi, suami kepada wanita terbabit, Amiruddin Osman mendedahkan foto pegawai penyiasat kes tersebut bersama Adi Putra.

Turut bersama beliau semasa pendedahan itu, ialah isterinya, Nooraida Abd Mutalib yang dikaitkan kes dengan Adi Putra.

Amiruddin mendakwa, pegawai penyiasat kes berkenaan,memberitahunya, kes tersebut tiada tindakan seterusnya atau No Further Action NFA kerana wujud unsur suka sama suka.

Ondscene hanya membantu menyiarkan apa yang berlaku kerana ramai yang bertanya kepada saya, mengapa Adi Putra tidak menjelaskan kenapakah kesnya menjadi NFA.