1-david-teo-amaran-mediamalaya

Dashyat juga CEO Metrowealth International Group (MIG), David Teo ini. Ketika ditemi di majlis previu filem Vokswagen Kuning, dia memberi amaran supaya pihak itu tidak lagi mengeluarkan apa-apa gambar yang boleh mencetus kontroversi.

Dia berkata, dia mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut dan dia pasti tidak akan terlepas.

Dipetik David berkata

Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas.

Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap.