Iesya yang penulis maksudkan bukanlah penyanyi yang pernah popular sekitar 90-an menerusi lagu Nurani seperti gambar di bawah, artis yang ini selepas berkahwin terus menyepikan diri. Tetapi Iesya yang penulis maksudkan adalah artis suam-suam kuku yang sekarang semakin hampir hendak popular tapi jauh lagi perjalanannya.

Penulis menerima sepucuk email dari seorang peminat yang mengatakan gadis yang lahir pada 28 November 1983 ini pernah mengelar tangannya gara-gara bergaduh dengan bekas teman lelakinya yang pada ketika itu bersama-sama mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di kolej yang sama.  Kelam-kabut seketika suasana di kolej tersebut gara-gara Iesya mengelar tangannya menyebabkan pensyarah kolej tersebut membawanya ke klinik berdekatan.

Pada ketika itu, boleh dikatakan pasangan ini bergaduh besar atas sebab yang tidak diberitahu pengirim email tersebut. Walaubagaimanapun, Iesya ini ketika zaman kolejnya adalah seorang yang peramah dan seorang yang mudah mesra. Betul atau tidak gossip ini, biarlah Iesya sendiri yang jawab kelak. Penulis sekadar berkongsi apa yang dikirim oleh peminat Media Malaya.

Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah binti Sanny Toh mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian sejak berusia 9 tahun. Antaranya ialah Sinaran Passport Kegemilangan, Bintang RTM dan Who Will Win. Selain daripada itu, Iesya juga pernah dicalonkan dalam pencalonan awal sebagai Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2006.