Kasihan, apa la nasib Akma AF3 ni yek. Baru je hari tu desas-desus di blog ni seorang peminat beritahu yang Akma AF ni bakal melangsungkan hari perkahwinannya tahun hadapan. Tup tap tiba-tiba Akma buat kenyataan dia sudah putus hubungan pula.

Sebelum berita mengenai dia putus tunang, peminat yang sama ada mengirim gosip terbaru Akma sebelum dia memutuskan hubungannya dengan tunangnya itu. Baca gosip ditulis peminat dan gambar terbaru Akma AF3 yang kini sudah bertudung selepas berpisah dengan kekasihnya.

Ditulis oleh peminat

Hello & salam Media Malaya,

Perkembangan terbaru yang saya ingin kongsi ialah tentang kekasih dan bakal suami Akma AF ini. Menurut teman saya yang juga sahabat baik kepada pelakon Sabai Morscheck di Bali mengatakan bahawa bakal suami Akma ini merupakan bekas kekasih hati kepada pelakon yg cantik dan tinggi, Sabai Morscheck.

Pelakon dari seberang berdarah Jerman – Indonesia yg membintangi filem 40 Hari Bangkitnya Pocong dan Sang Dewi Malam ini pernah menjalinkan cinta pada 2009 selama beberapa bulan dengan bakal suami Akma sebelum mereka berpisah dgn cara yg baik. Kisah cinta mereka pernah tersiar di tv, suratkhabar serta majalah hiburan di seluruh Indonesia.

Diharap bakal suami Akma akan menjaga Akma dgn baik ya hingga ke akhir hayat, moga berkekalan hendaknya. Amin, Insyaallah. Seperti dijanjikan, ini beberapa gambar mereka.