110

28

“Saya tidak takut dengan kontroversi kerana kehidupan kita sendiri penuh dengan kontroversi. Tanpa kontroversi, hidup kita juga berasa bosan.

“Kalau orang kata judul filem ini lucah, mereka perlu menonton filem ini terlebih dulu untuk mendapat mesej yang nak disampaikan. Judul filem ini saja sudah pun mengatasi nama pelakon itu sendiri.

“Apa yang penting, pelakon memegang watak utama nanti dapat sampaikan apa yang saya nak sampaikan kepada masyarakat. Pelakon watak utama ini kena lebih `kuat’ kerana kalau tidak dia akan dibayangi judul filem ini,” katanya.

Kata Raja Azmi, idea buat Anu Dalam Botol bermula ketika dia bersama tiga rakan, Sutek (pereka fesyen), pengarah Uwei Shaari dan pengarah Shadan Hashim menikmati teh tarik di warung, dua tahun lalu.

“Sutek menceritakan kisah benar rakannya, seorang gay yang menjalani pembedahan untuk membuang anunya (za karnya) untuk menjadi perempuan.

“Tapi, akhirnya dia menyesal atas perbuatan itu apabila ditinggalkan teman lelaki yang dicintai. Selepas itu, dia jatuh cinta dengan seorang perempuan tapi sayangnya semua sudah terlambat kerana dia sekadar dapat melihat anunya dalam botol,” katanya.

Katanya, dia terus tertarik untuk menerbitkan filem itu selepas mendengar cerita Sutek. Malah membuat kajian dengan berjumpa lelaki gay itu untuk meminta kebenarannya membuat filem dari kisah hidupnya.

“Pembedahan membuang anu itu dibuat di Thailand ketika dia berusia 21 tahun dan dia juga dapat membawa pulang anunya yang disimpan dalam botol ke sini. Pada masa sama, dia juga menahan kesakitan selama enam bulan selepas pembedahan.

“Saya berasa sebak selepas mendengar cerita lelaki gay itu dan terus terbuka hati untuk menghasilkan filem berkenaan. Kini usianya sudah 50 tahun dan dia juga bercerita sambil menangis kerana menyesal apa yang dilakukan dulu.