Lelaki pertama di Malaysia yang memohon untuk pertukaran jantina melalui mahkamah ini didapati telah meninggal dunia jam 5 pagi tadi akibat sakit jantung dan tekanan darah rendah atau nama lainnya unstable angina with cardiogenic shock.

Sebelum ini, Ashraf Hafiz telah memohon melalui mahkamah untuk bertukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana namun telah ditolak oleh mahkamah. Difahamkan juga dia mengalami kemurungan sejak permohonannya ditolak itu antara salah satu punca dia meninggal dunia.

Katakan kami jahat & ini sekadar andaian, adakah ini hanya propaganda untuk menghilang identiti Ashraf Hafiz untuk memulakan hidup baru sebagai seorang wanita? Contohnye, kes seperti ini sering terjadi kepada syarikat insuran, apabila pelanggannya pura-pura meninggal dunia dan hilang untuk mendapatkan wang dari pihak insuran. Contoh kedua, peminjam wang ahlongterpaksa buat kenduri doa selamat sendiri untuk mengelakkan dikejar ahlong kerana menanggapnya telah mati.

Wallahualam.